Anggota polis mengangkat mayat seorang wanita dan kanak-kanak perempuan yang ditemui di Pantai Teluk Bahang. FOTO Zulaikha Zainuzman
Anggota polis mengangkat mayat seorang wanita dan kanak-kanak perempuan yang ditemui di Pantai Teluk Bahang. FOTO Zulaikha Zainuzman
Mohd Hilmi Mahmud


Balik Pulau: Mayat seorang wanita dan seorang kanak-kanak perempuan dalam keadaan kedua-duanya terikat di bahagian perut ditemui tertiarap di tepi pantai di Teluk Bahang, Balik Pulau, 6 petang tadi.

Kedua-dua mayat lengkap berpakaian berkenaan ditemui orang awam yang melalui kawasan pantai terbabit.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Anuar Omar berkata, pihak polis menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 6.08 petang dan terus ke lokasi kejadian.

“Kedua mayat berkenaan ditemui terikat antara satu sama lain dengan tali rafia pada bahagian perut.

“Pihak polis belum dapat mengenal pasti identiti kedua-dua mangsa dan masih dalam siasatan," katanya di sini.

Kedua-dua mayat berkenaan dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk dibedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Mac 2017 @ 9:14 PM