Anggota bomba mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit. FOTO ihsan bomba
Anggota bomba mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit. FOTO ihsan bomba
Norasikin Daineh


Beaufort: Dua maut selepas van dinaiki dirempuh kereta api di Kampung Mamanjang, dekat sini, jam 2.40 petang tadi.

Difahamkan, ketika kejadian van dinaiki tujuh individu melintas landasan kereta api sebelum dirempuh menyebabkan dua daripada mangsa maut di tempat kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Beaufort Runzee Abd Thani berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 2.57 petang dan sembilan anggota dikejar ke lokasi kejadian.

“Dua mangsa yang maut ialah lelaki dan wanita berusia lingkungan 50 tahun manakala lima lagi dihantar ke Hospital Beaufort," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, setakat ini identiti mangsa belum dikenal pasti.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Februari 2017 @ 6:04 PM