Mohd Ruzaini Zulkepli


Beaufort: Seorang lagi penumpang van yang dirempuh kereta api di Kampung Memanjang, dekat sini, jam 2.40 petang tadi, disahkan maut.

Mangsa, Lestery Majinon, 17, disahkan meninggal dunia oleh anggota perubatan.

Terdahulu, dua mangsa yang maut ialah bapa remaja perempuan itu, Majinon Matunjung, 78, yang juga pemandu van dan isterinya, Noorlela Roslan, 42, penumpang hadapan.

Empat lagi penumpang van itu termasuk seorang bayi berusia setahun lapan bulan cedera dan kini dilaporkan stabil selepas menerima rawatan di Hospital Beaufort.

Dalam kejadian itu, van dinaiki tujuh orang dilanggar kereta api dari Kota Kinabalu ke Beaufort ketika melintas landasan di kampung berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Februari 2017 @ 8:31 PM