Firdaus terlepas acara pecut kerana basikal lewat tiba dari Colombia. FOTO AGENSI
Firdaus terlepas acara pecut kerana basikal lewat tiba dari Colombia. FOTO AGENSI
Azlan Muhammad Zain


Kuala Lumpur: Pelumba trek negara, Shah Firdaus Sahrom yang dilabel pengganti Azizulhasni Awang terus mempamerkan persembahan cemerlang meraih gangsa acara keirin pada siri keempat Piala Dunia di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS), hari ini.

Ia pingat pertamanya dalam siri Piala Dunia selepas gagal menempah pingat sejak menyertai siri pertama di Glasgow pada November tahun lalu.

Perlumbaan final di The Velo Sports Center itu dimenangi pelumba Columbia Fabian Hernando Zapata diikuti Hugo Barretta dari Kanada di tempat kedua.

Shah Firdaus bagaimanapun terlepas aksi pecut individu selepas basikalnya lewat tiba dari Colombia selepas menyertai siri ketiga Piala Dunia di Cali.

Shah Firdaus turut cemerlang pada Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) di India apabila meraih gangsa acara keirin pada awal bulan ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Februari 2017 @ 11:59 AM