FOTO Hamzah Osman
FOTO Hamzah Osman
Hamzah Osman

Langkawi

PEKERJA hotel kaut RM5,000 selepas menjinakkan siakap putih 7.04 kilogram (kg) di Jejak Memancing Langkawi Terbuka 2017 di Benteng Pemecah Ombak Kuala Chenang, di sini.

Ahmad Fitri Abdullah, 28, muncul juara selepas mengalahkan 380 peserta lain pada pertandingan tujuh jam, bermula kira-kira 9 pagi semalam.

Ahmad Fitri berkata, dia menggunakan umpan udang hidup bagi menjinakkan siakap putih terbabit.

"Siakap putih ini adalah ikan kedua saya dapat dalam pertandingan ini iaitu kira-kira sejam sebelum pertandingan tamat.

“Saya bersyukur sangat kerana ia membolehkan saya muncul juara," kata anak Langkawi itu yang menetap di Kampung Kuala Teriang.

Pari 3.9kg yang dipancing Mohd Ari Shuib, 35, dari Kampung Sungai Menghulu, pula menduduki tempat kedua, sekali gus membawa pulang RM2,000.

Polis Bantuan Lembaga Pembangunan Langkawi, Ibrahim Napiah, 43,yang menjinakkan pari 3.15kg menduduki tempat ketiga dan mendapat RM1,000.

Pemancing tegar, Baharudin Bahari, 56, dari Kampung Ulu Melaka dapat RM1,000 selepas muncul pemenang kategori ikan terbanyak.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Februari 2017 @ 10:32 AM