KEBANYAKAN pelajar terpaksa berjalan untuk ke sekolah.
KEBANYAKAN pelajar terpaksa berjalan untuk ke sekolah.
PELAJAR memakai uniform berwarna kelabu berdiri di hadapan kelas.
PELAJAR memakai uniform berwarna kelabu berdiri di hadapan kelas.
PELAJAR tekun membaca buku dan belajar ketika di kelas.
PELAJAR tekun membaca buku dan belajar ketika di kelas.
PELAJAR mengurut mata dengan jari sebelum menyambung pelajaran yang terakhir.
PELAJAR mengurut mata dengan jari sebelum menyambung pelajaran yang terakhir.
SENAMAN dilakukan setiap jam bagi memanaskan badan kerana bangunan sekolah tiada sistem pemanas.
SENAMAN dilakukan setiap jam bagi memanaskan badan kerana bangunan sekolah tiada sistem pemanas.
SEKUMPULAN pelajar berkawad untuk memanaskan badan sebelum menyambung pelajaran di dalam kelas.
SEKUMPULAN pelajar berkawad untuk memanaskan badan sebelum menyambung pelajaran di dalam kelas.
PELAJAR beratur untuk mengambil makanan di kantin sekolah.
PELAJAR beratur untuk mengambil makanan di kantin sekolah.
Agensi

Memakai uniform tentera berwarna biru dan kelabu, murid di sebuah sekolah di wilayah Guizhou ini melakukan senaman kungfu di padang untuk memanaskan badan ketika musim sejuk.

Sekolah kecil Yang Dezhi, terletak di kawasan pergunungan terpencil di bandar Wenshui dan ditubuhkan lebih 100 tahun lalu ketika tahun terakhir Dinasti Qing.

Baru-baru ini, sekolah itu melalui beberapa pembaharuan.

Pada 2008, ia dijadikan sekolah ‘Tentera Merah’ yang diasaskan oleh komander tentera China dan keluarga mereka, sama seperti banyak institusi serupa di negara itu.

Semangat Tentera Merah dianggap sebagai aset berharga kepada kanak-kanak berkenaan.

“Sekiranya anda tidak mengisi kanak-kanak zaman ini dengan semangat sejarah terdahulu, mereka tidak akan menghargai kehidupan mereka kini.

“Semangat ini mengajar mereka bekerja keras dan kuat semangat dari usia muda,” kata pengurus sekolah itu, Mu Chunyong yang menjaga seramai 136 pelajar.

Ujarnya, Guizhou adalah antara wilayah paling miskin di China tetapi kebanyakan keluarga kini hidup selesa, Ini menjadikannya penting untuk mengingatkan pelajar kesusahan generasi terdahulu.

Terdapat kira-kira 200 sekolah Tentera Merah di China pada tahun lalu.

Sebahagiannya dinamakan sempena tokoh Parti Komunis yang menggerakkan pemberontakan ketika era revolusi.

Pada 1930-an, Yang Dezhi memberi perlindungan kepada askar Tentera Merah yang melarikan diri daripada tentera Nasionalis.

Sekolah itu kini menerima banyak dana yang digunakan untuk menaikkan gaji guru, membeli beg sekolah, pakaian dan peralatan lain untuk pelajar.

Pelajar juga menyanyikan lagu patriotik, berbincang mengenai sejarah awal penubuhan Parti Komunis dan Tentera Merah.

Seperti kebanyakan bangunan di selatan China, sekolah itu juga tidak mempunyai sistem pemanas.

Pelajar berehat sejam sekali supaya mereka boleh bersenam untuk memanaskan badan.

Pada setiap tengah hari, pelajar menggunakan jari mereka untuk mengurut sekitar bahagian mata untuk berehat sebelum kelas terakhir, amalan yang diajar di semua sekolah di China.

Ketika makan tengah hari, mereka berbaris di kantin sambil memegang dulang makanan untuk mengisi nasi, kentang, kacang dan ayam sebelum makan dengan senyap.

Semangat seni mempertahankan diri mengajar pelajar untuk berdikari, yakin dengan diri sendiri dan bagaimana untuk mengharungi hidup yang sukar.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Februari 2017 @ 5:03 AM