Kalidevi Mogan Kumarappa


Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai tentera berpangkat Leftenan Kolonel yang bertugas di Unit Senggaraan Zon Timur, Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Pertahanan (BPKP) di Wisma Angkatan Tentera Malaysia, hari ini.

Sumber SPRM berkata, suspek berusia 57 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Temerloh, Pahang jam 2.30 petang tadi ketika hadir untuk memberi keterangan berhubung siasatan kes.

Menurutnya, suspek yang bertanggungjawab menyelia kontraktor, memantau proses kerja, mengesahkan spesifikasi piawaian dan memperakukan tuntutan kerja oleh kontraktor di Zon Timur dipercayai menerima suapan daripada kontraktor proksi termasuk syarikat milik bapanya di mana isterinya adalah pengarah syarikat itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk€™ Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan tidak menolak kemungkinan akan ada tangkapan lagi berhubung kes itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Februari 2017 @ 8:15 PM