Kalidevi Mogan Kumarappa

Sembilan individu termasuk seorang pegawai teknik Telekom Malaysia (TM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur hari ini kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan rasuah dan salah guna kuasa dari 2016 hingga Mac tahun lalu

Sumber berkata, semua suspek disyakibersubahat dengan mengemukakan 55 dokumen arahan penyelenggaraan dan surat kebenaran mengambil kabel mengandungi butiran palsu kepada TM.

Katanya, dokumen-dokumen itu dipercayai digunakan untuk mengeluarkan kabel dari gudang TM.

"Difahamkan, akibat perbuatan itu, TM mengalami kerugian antara RM4 juta hingga RM6 juta dalam tempoh berkata.

"Pegawai TM berusia 40 tahun itu ditahan di Taman Puncak Utama, Kajang manakala tiga pemilik syarikat kontraktor, seorang sub kontraktor, bekas pekerja syarikat telekomunikasi, tiga bekas pemandu syarikat kontraktor ditahan sekitar jam 2hingga 6.30 petang di beberapa lokasi termasuk Batu Caves, Damansara Damai dan Seri Kembangan," katanya.

Beliau berkata, SPRM Negeri Sembilan turut menahan seorang ahli perniagaan dan seorang pengarah syarikat kerana disyaki bersubahat dengan kakitangan TM dan menerima rasuah dalam aktiviti membawa keluar 'drop fiber' berjenama Lite Kabel milik TM untuk dijual di pasaran.

"Kedua-dua suspek berusia 47 dan 30 tahun ditahan di pejabat SPRM Negeri Sembilan dan Seremban antara jam 11.30 pagi hingga 5.30 petang hari ini," katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Jabatan Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan dan berkata, semua suspek akan direman esok untuk membantu siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 January 2018 @ 10:55 PM