AZIZ menunjukkan bahagian pangkal pokok kundur yang mereput.
AZIZ menunjukkan bahagian pangkal pokok kundur yang mereput.
Amran Yahya


Kuala Pilah: Sebatang pokok kundur berusia lebih 100 tahun terpaksa ditebang kerana boleh mengundang bahaya kepada sebuah keluarga di Kampung Pilah Tengah, di sini, semalam.

Kerja penebangan itu mendapat bantuan pakar tebang pokok balak, Jaafar Jawa yang memiliki pengalaman lebih 30 tahun dalam kerja penebangan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pilah Datuk Norhayati Omar berkata, Jaafar menggunakan kaedah ‘pating’ diperbuat dari buluh untuk memanjat pokok terbabit bagi mengikat tali di bahagian atas pokok.

“Tali diikat di hujung pokok digunakan sebagai penarik dengan kekuatan 10 orang supaya pokok itu tidak tumbang ke arah rumah. Kerja penebangan mengambil masa dua jam berjalan lancar,” katanya.

Beliau berkata, program pelaksanaan NBOS membabitkan lima pihak iaitu pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pilah, JKKK, Jabatan Kerja Raya (JKR), Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) dan SWM.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Februari 2017 @ 5:32 AM