CEO Loob Holding, Bryan Loo pada majlis pelancaran Tealive di Kuala Lumpur. FOTO Salhani Ibrahim
CEO Loob Holding, Bryan Loo pada majlis pelancaran Tealive di Kuala Lumpur. FOTO Salhani Ibrahim
Sri Ayu Kartika Amri


LOOB Holding Sdn Bhd (Loob Holding), bekas pemegang francais Chatime di Malaysia, melancarkan jenama minuman teh baru, Tealive, hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Bryan Loo berkata, Tealive adalah jenama minuman tempatan yang dibangunkan oleh Loob Holding.

Sehingga ini, katanya, Tealive mempunyai empat jenis minuman pilihan iaitu Signature Brown Sugar Pearl Milk Tea, Roasted Milk Tea, Signature Passion Fruit Green Tea dan Grapefruit Chia Tea Booster.

"Loob Holding kini mempunyai 10 jenama dengan lima daripadanya mempunyai empat pemberi francais luar negara iaitu Thailand, Sepanyol, Jepun dan Taiwan.

"Syarikat akan menumpukan seluruh tenaga dan sumber yang ada untuk terus maju ke hadapan," katanya di majlis pelancaran cawangan Tealive di Kuala Lumpur.

Menurutnya, Loob Holding mempunyai 1,000 tenaga kerja setakat ini yang melayani dua juta pelanggan setiap bulan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Februari 2017 @ 11:55 AM