Tealive menawarkan pelbagai barangan edisi terhad sempena pembukaan pertama cawangan pandu lalu di Petronas. FOTO emel
Tealive menawarkan pelbagai barangan edisi terhad sempena pembukaan pertama cawangan pandu lalu di Petronas. FOTO emel
Nabil Basarudin


JENAMA minuman teh gaya hidup, Tealive mengukuhkan kedudukan perniagaan melalui pembukaan cawangan pandu lalu pertamanya di Stesen Petronas USJ 9 di Subang Jaya.

Tealive dalam kenyataan berkata, bersempena dengan pembukaan perkhidmatan pembelian pandu lalu kepada orang ramai, jenama itu turut menawarkan pelbagai barangan edisi terhad kepada orang ramai pada 12 April lalu.

Katanya, selepas cawangan pertama di Stesen Petronas USJ 9 itu dibuka, Tealive yang dikendalikan oleh Loob Holding Sdn Bhd (Loob Holding) turut merancang membuka lebih banyak servis seumpama itu.

"Perancangan untuk membuka cawangan pandu lalu sedang berjalan dengan kira-kira tujuh cawangan Tealive di Stesen Petronas akan dibuka di Lembah Klang dan lebih banyak lagi akan diumumkan," katanya.

Tealive juga ketika ini menawarkan diskaun 50 peratus bagi minuman siri kopi di semua cawangan Tealive di Stesen Petronas.

Tawaran itu bermula pada 25 hingga 27 April ini bermula jam 10 pagi hingga 3 petang.

Sebagai jenama teh gaya hidup di Malaysia, ia adalah langkah yang tepat untuk melaksanakan perkhidmatan seperti ini untuk memenuhi permintaan peminat setia minuman Tealive ini.

"Ia termasuklah menjadikan stesen minyak sebagai pilihan utama yang strategik kerana ia berfungsi sebagai pusat untuk pengisian minyak ataupun berehat sebentar untuk menikmati air kopi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 April 2019 @ 7:04 PM