BRYAN Loo ketika sidang media. FOTO Halim Salleh
BRYAN Loo ketika sidang media. FOTO Halim Salleh
Hafiz Ithnin


Kuala Lumpur: Loob Holding Sdn Bhd (Loob Holding) optimis mampu mencatatkan lima juta pelanggan baru sebulan tahun depan selepas melaksanakan penukaran jenama minuman teh, Chatime.

Aktiviti penukaran jenama itu dilaksanakan selepas Loob Holding menerima surat pelucutan hak sebagai pemegang lesen francais Chatime pada 5 Januari lalu daripada syarikat francais induk jenama berkenaan dari Taiwan, La Kaffa International Co Ltd (La Kaffa).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Bryan Loo berkata, aktiviti penjenamaan semula itu bermula 45 hari dari tarikh pihaknya menerima surat pelucutan hak daripada La Kaffa dan ia membabitkan penukaran jenama bagi semua 165 cawangan sedia ada Chatime.

Beliau berkata, bagi tujuan itu, pihaknya melaburkan RM10 juta dan merancang mempunyai 250 cawangan termasuk 165 cawangan sedia ada menjelang 2018.

“€œMengenai jenama baru berkenaan, kami masih mengekalkan warna ungu sebagai jenama rasmi dan berharap rakyat Malaysia terus menyokong kami seperti mana kehadiran Chatime buat kali pertama di negara ini pada2011,”  katanya pada taklimat media, di sini.

Namun, nama baru bagi francais itu belum diputuskan lagi, katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 January 2017 @ 8:52 PM