Kang menunjukkan dadah yang dirampas. FOTO Shahril Badri
Kang menunjukkan dadah yang dirampas. FOTO Shahril Badri
Norizuan Shamsuddin


Kuala Lumpur: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) menahan 23,077 individu termasuk pengedar dan penagih serta merampas dadah bernilai RM16.36 juta sejak 1 Januari hingga 9 Februari lalu.

Timbalan Pengarah JSJN Bukit Aman Datuk Kang Chez Chiang berkata, daripada jumlah itu, 22,182 individu ditahan adalah warga tempatan dan 895 warga asing serta selebihnya tangkapan mengikut Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.

Katanya, hasil saringan air kencing mendapati seramai 13,544 suspek positif dadah.

"Polis merampas syabu (153.6 kg), ketamin (8.5 kg), pil ekstasi (28,183 biji), pil yaba (49,019 biji), erimin 5 (49,641 biji), ganja (23.2 kg) dan heroin (5.6 kg) dianggarkan bernilai RM16.36 juta.

"Nilai sitaan harta pula dianggarkan berjumlah RM22.19 juta termasuk harta dilucutkan hak RM100,000," katanya pada sidang media di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Februari 2017 @ 12:59 PM