Pasukan penyelamat melakukan gerakan mencari mangsa dan kanan, mayat remaja 18 tahun yang ditemui pagi ini. - Foto Ihsan Bomba
Pasukan penyelamat melakukan gerakan mencari mangsa dan kanan, mayat remaja 18 tahun yang ditemui pagi ini. - Foto Ihsan Bomba
Mohd Rizal Abdullah


Miri: Seorang lemas, seorang lagi masih hilang selepas bot dinaiki mereka karam di Sungai Batang Baram, berhampiran Kampung Muhibbah di sini, kira-kira 11 malam, semalam.

Mayat Steward Rumpun, 18, ditemui pada 8.30 pagi ini, berhampiran jeti Kuala Baram manakala bapa mangsa yang berusia 68 tahun, belum ditemui.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Miri Law Poh Kiong berkata, bot berkenaan dinaiki empat lelaki termasuk kedua-dua mangsa apabila ia karam karam pada 11 malam semalam, akibat terkena ombak kuat.

"Dua lagi lelaki berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing," katanya.

Law berkata, usaha mengesan seorang lagi mangsa sedang giat dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Februari 2017 @ 11:11 AM