MANGSAditemui di bawah timbunan kayu rumah pekerja. FOTO ihsan Bomba
MANGSAditemui di bawah timbunan kayu rumah pekerja. FOTO ihsan Bomba
Oleh Mohd Rizal Abdullah


Miri: Kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Jalan Lutong berdekatan stesen minyak Shell, Kuala Baram, di sini, tengah malam tadi.

Dalam kejadian pada 12.50 tengah malam itu, mangsa dikenali sebagai Ellexustoltti dipercayai terperangkap dalam kediaman dua tingkat sebelum ditemui pasukan penyelamat.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Miri, Law Poh Kiong berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1 pagi berhubung kejadian itu.

Menurutnya, api dapat dikawal pada 2.27 pagi dan dipadam sepenuhnya pada 4.30 pagi.

"Mangsa ditemui di bawah timbunan kayu kediaman berkenaan seterusnya dihantar ke Hospital Miri," katanya.

Difahamkan, ketika kejadian terdapat lebih daripada 10 penghuni membabitkan beberapa keluarga di kediaman berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Julai 2015 @ 11:58 AM