FOTO hiasan
FOTO hiasan
Mohd Sah Muda


Mersing: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menemui mayat reput di pantai Kampung Sri Pantai, di sini.

Ketua Polis Mersing, Deputi Superintendan Cyril Edward Nuing, berkata anggota APM menemui mayat berkenaan pada kira-kira 2 petang semalam.

Bagaimanapun, katanya, jantina tidak dapat dikenalpasti dan tiada dokumen pengenalan diri ditemui dan dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru.

Katanya, mayat itu ditemui pasukan penyelamat ketika operasi mencari nelayan yang dipercayai terjatuh dari bot akibat angin kencang, kira-kira 10.30 malam kelmarin.

"Berikutan laporan kehilangan Teoh Cheng Heng, 61, yang berasal dari Pantai Remis, Perak, satu operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan.

“SAR diketuai polis dan dibantu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), APM dan bomba.

"Mangsa bersama dua rakan mereka ke laut di Pulau Aur dan mangsa dipercayai terjatuh kerana laut bergelora ketika dalam perjalanan balik ke pengkalan di Mersing,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Februari 2017 @ 10:25 AM