TELITI dalam hasilkan produk sendiri, buat kajian dan penyelidikan.
TELITI dalam hasilkan produk sendiri, buat kajian dan penyelidikan.
Sudirman Mohd Tahir


Sejak memenangi pertandingan Dewi Remaja 2005/2006, semuanya sudah berubah bagi Scha Alyahya. Hari ini dia bukan sahaja artis popular malah juga selebriti usahawan berjaya.

Biarpun selepas berkahwin dan memiliki seorang anak, Scha atau nama sebenarnya, Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya, 34, masih mampu mengekalkan popularitinya.

Kata Scha yang popular menerusi drama Awan Dania, dia mempunyai sebab tersendiri kenapa semakin serius mendalami dunia perniagaan.

Akui Scha, apa yang diusahakan itu menggunakan duit sendiri iaitu hasil daripada titik peluh bergelar pelakon.

“Sebagai selebriti perlu lebih tahu cara untuk membuatkan kita terus bertahan dan dikenali. Selain mahu terus berlakon, saya sudah lama berniaga dengan jenama sendiri iaitu Schapoholics.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Februari 2017 @ 6:51 AM