HAEL mahu tumpu pada penghasilan lagu lebih ‘mengena’ pada jiwanya selepas meninggalkan duo Azhael.
HAEL mahu tumpu pada penghasilan lagu lebih ‘mengena’ pada jiwanya selepas meninggalkan duo Azhael.
Georgie Joseph


Semalam menjadi pembuka tirai karier solo penyanyi ini. Hal Husaini Ramzi atau popular sebagai Hael, 29, akhirnya melancarkan single sulungnya berjudul Jampi, beberapa hari selepas dia mengumumkan keluar daripada kumpulan duo, Azhael.

Hakikatnya, penyanyi yang juga komposer berkenaan memang sudah lama bergerak sendirian terutama bermula tahun ini. Bagaimanapun, mungkin tidak ramai menghidu niatnya untuk bergerak solo kerana dia sendiri sudah popular di media sosial khasnya Instagram.

Hael mengakui tiada bezanya dia mengundur diri daripada Azhael dengan bergerak solo kerana pengikutnya ramai tidak tahu dia anggota duo berkenaan.

“Terus terang, lebih ramai yang mengenali saya sebagai Hael berbanding sebagai anggota Azhael. Di media sosial sendiri, pengikut sentiasa memberikan reaksi yang hanya menjurus kepada perkembangan saya tanpa menyentuh mengenai Azhael.

“Disebabkan itu, saya tidak rasa perbezaan sangat apabila sudah keluar. Apa lagi saya sendiri memang sudah jumpa hala tuju dalam industri ini, ia satu keputusan yang terbaik bukan saja untuk diri saya namun Azhael juga,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Februari 2017 @ 6:48 AM