Oleh Georgie Joseph


Tidak ramai penyanyi tempatan berkonsepkan duo ketika ini. Ketika ini, kumpulan duo paling relevan dalam industri muzik tempatan pastinya Azhael.

Dianggotai Azhar, 27, dan Hael, 28, penyertaan mereka dalam program Akademi Fantasia 2013 (AF2013) lalu membuka laluan mudah.

Sejurus itu, mereka meledak pula dengan lagu Hujung Waktu yang turut memenangi kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Berkumpulan) pada Anugerah Industri Muzik 21 (AIM21).

Momentum itulah yang mereka mahu kekalkan sekarang ini. Mengakui membina profil kukuh amat penting buat Azhael.

Hael berkata, mereka menaruh harapan tinggi agar mampu memperolah kejayaan manis lagi tahun ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 January 2016 @ 7:03 AM