DATUK Seri Najib Razak bersama Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg bermesra dengan peniaga, Timah Sebli, 73, (dua kanan) ketika melawat Medan Selera pada Majlis Perasmian Medan Selera Lundu sempena PRK Tanjong Datu. FOTO Luqman Hakim Zubir
DATUK Seri Najib Razak bersama Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg bermesra dengan peniaga, Timah Sebli, 73, (dua kanan) ketika melawat Medan Selera pada Majlis Perasmian Medan Selera Lundu sempena PRK Tanjong Datu. FOTO Luqman Hakim Zubir
Shamran Sarahan dan Ekhwan Haque Fazlul Haque


Lundu: Perdana Menteri mengumumkan projek pembinaan loji air dan pam penggalak bernilai RM129 juta di kawasan Tanjong Datu dan Tasik Biru, Bau, di Sarawak.

Datuk Seri Najib Razak, berkata projek berkenaan sudah dalam proses perancangan dan hanya menunggu reka bentuk pelan dari perunding projek sebelum ia dilaksanakan.

“€œPerkara ini telah diajukan (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekit r) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan ia sudah ada dalam perancangan kerajaan.

“€œPerunding juga sudah dilantik dan ketika ini kementerian terbabit masih menunggu reka bentuk pelan dari perunding berkenaan dan kita berharap ia akan dapat dilaksanakan tidak lama lagi,”€ katanya ketika sidang media selepas merasmikan Medan Selera Lundu, di sini, hari ini.

Beliau berkata, apabila reka bentuk pelan siap nanti, tender mungkin dilaksanakan penghujung tahun ini atau awal tahun hadapan.

“€œProjek ini juga bergantung dengan reka bentuk pelan yang sudah dirancang nanti.

“€œSesetengah kawasan seperti di Telok Melano, projek itu hanya akan dilaksanakan selepas Lebuh Raya Pan Borneo Jajaran Telok Melano-Sematan siap sepenuhnya,”€ katan

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Februari 2017 @ 2:23 PM