Mohd Hamizi HAMIZI (kiri) menyerahkan tugas kepada Syahrin sambil disaksikan Adzhar. FOTO Junaidi Ladjana
Mohd Hamizi HAMIZI (kiri) menyerahkan tugas kepada Syahrin sambil disaksikan Adzhar. FOTO Junaidi Ladjana
Junaidi Ladjana

Labuan: Bekas Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (KBPJKK) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Labuan Deputi Superintendan Mohd Hamizi Halim dilantik Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Kota Kinabalu dan akan memulakan tugas 13 Februari ini.

Majlis serah terima tugas berlangsung di IPD Labuan hari ini dan disaksikan oleh Ketua Polis Daerah Labuan Superintendan Adzhar Othman.

Tempat Hamizi digantikan oleh Asisten Superintendan Syahrin Ali.

Mohd Hamizi, 40, berasal dari Kampung Pulau Tengah, Kubang Kerian, Kelantan berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama 16 tahun bermula pada Oktober 2001.

Katanya, pertukaran adalah asam garam dalam PDRM.

"Apa yang penting, jalankan tanggungjawab walau di mana berada dan pikulah tugas yang diberikan dengan tegas dan adil serta berhemah," katanya.

Terdahulu, Adzhar mengucapkan tahniah kepada Mohd Hamizi di atas lonjakan karier dalam PDRM yang tukar sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPD Kota Kinabalu.

"IPD Labuan kehilangan seorang pegawai yang berkaliber, bertanggungjawab dan mudah diajak berbincang," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Februari 2017 @ 4:01 PM