IHSAN Polis Diraja Malaysia
IHSAN Polis Diraja Malaysia


Kota Semarahan: Polis memberkas 326 lelaki dipercayai terbabit dalam aktiviti sabung ayam dalam serbuan besar-besaran, di sini, hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mazlan Mansor, berkata serbuan dilakukan pada 3.35 petang.

Katanya, sepasukan pegawai polis bersama 20 anggota dari ibu pejabat Jabatan Siasatan Jenayah (CID) diketuai oleh DSP Mohd Azam Ismail melancarkan serbuan di gelanggang sabung ayam di Taman Berlian, Kota Samarahan.

Mazlan berkata, 21 ayam sabung, tiga ayam yang sudah mati, taji, cip judi dan wang tunai turut dirampas.

“Semua yang ditangkap dibawa ke IPD Kota Samarahan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Februari 2017 @ 10:09 PM