Norizuan Shamsuddin

[email protected].

Ampang Jaya: Wanita warga emas dipercayai maut dalam kebakaran dua rumah di Lorong Laman 1, Kampung Pandan Dalam, di sini, 9 malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah Skeincitbancong Wee San berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan memaklumkan terdapat kebakaran rumah di kawasan terbabit, 9.04 malam.

Katanya, sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan Indah dikerahkan ke lokasi dandibantu BBP Serdang serta BBPAmpang.

“Setibanya dilokasi pada 9.12 malam, anggota mendapati kebakaran membabitkan dua rumah dan terdapat seorang mangsa, 80, terperangkap di dalamnya.

“Usaha pemadaman dilakukan dan api berjaya dikawal pada 10.05 malam.

“Mayat mangsa dijumpai di dalam dapur satu daripada rumah yang terbakar itu pada 11.04 malam dan dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) untuk bedah siasat,” katanya ketika ditemui, di sini, malam tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Februari 2017 @ 12:10 AM