GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
Izlaily Nurul Ain Hussein


Johor Bahru: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini terus menurun kepada 356 orang daripada 94 keluarga sehingga 8 malam tadi berbanding 599 daripada 160 keluarga pada 4 petang.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, pada 5 petang tadi, tiga PPS ditutup menjadikan 13 PPS masih dibuka sehingga kini.

"Kita sudah menutup tiga PPS iaitu Balai Raya Durian Chondong, Tangkak; Balai Serbaguna Kampung Jawa, Muar; dan Surau Alai, Segamat," katanya.

Beliau berkata, ini bermakna mangsa banjir kini hanya membabitkan penduduk di Segamat dengan 349 mangsa daripada 92 keluarga serta di Muar dengan tujuh orang daripada dua keluarga.

Katanya, dua bilik gerakan operasi banjir daerah di Tangkak dan Muar juga sudah ditutup pada 5 petang tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Februari 2017 @ 9:39 PM