• Kerajaan China minta operasi SAR bot karam di perairan Pulau Mengalum Sabtu lalu dijalankan sehingga semua mangsa ditemui. 

• Mahkamah Majistret membenarkan bekas setiausaha dan bekas akauntan Badan Pengurusan Bersama ditahan reman tujuh hari.

• Polis rampas 49.5kg dadah bernilai RM1 juta di bahagian Lost and Found, Malaysia Airlines, Aras 3, KLIA.

• Tee Teck Liong, 73, maut tersepit sejurus kereta dipandu dirempuh sebuah pacuan empat roda di Kampung Bakam.

• Polis tahan lelaki Siam dan rampas 1,280 bungkusan daun ketum, 243.2 kg bernilai RM7,200 di Pokok Sena.

• Dua kedai runcit dan sebuah rumah kedai musnah dalam kebakaran di Jalan Bagan Terap, 3.30 pagi.

• Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) desak satu mekanisma kawalan harga buah kelapa dapat diwujudkan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Februari 2017 @ 7:07 PM