ANTARA kereta yang dirampas. FOTO Norizuan Shamsuddin
ANTARA kereta yang dirampas. FOTO Norizuan Shamsuddin
Norizuan Shamsuddin


Kuala Lumpur: Polis merampas 33 kenderaan mewah klon dianggar bernilai RM3 juta menerusi Ops Lejang Khas bermula pertengahan 2015 hingga hujung tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, menerusi operasi terbabit 33 individu berusia 25 hingga 40 tahun disyaki pembeli turut ditahan.

Katanya, antara kenderaan klon dirampas adalah membabitkan model Honda Odyssey, BMW, Mini Cooper dan Mercedes.

"Mereka (pembeli) ini diipercayai ditipu oleh sindiket kononnya kenderaan terbabit adalah tulen dengan menawarkan harga lebih rendah sekitar RM20,000 hingga RM30,000.

"Bagaimanapun, hasil pemeriksaan dilakukan anggota mendapati kereta terbabit disyaki adalah kenderaan klon.

Kenderaan terbabit dipercayai dibawa masuk dari negara jiran sebelum diiklankan di Internet untuk dijual kepada orang ramai," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 January 2017 @ 6:22 PM