Sebanyak 45 peratus kelahiran di China tahun lalu ialah anak kedua.
Sebanyak 45 peratus kelahiran di China tahun lalu ialah anak kedua.
Agensi

Beijing: Jumlah kelahiran di China pada 2016 mencatat jumlah tertinggi dalam tempoh 17 tahun dengan rekod 18.5 juta bayi dilahirkan di hospital - peningkatan 11.5 peratus berbanding 2015.

South China Morning Post melaporkan Pengarah Wilayah Suruhanjaya Kesihatan dan Perancang Keluarga Kebangsaan, Yang Wenzhuang, berkata peningkatan itu berikutan kerajaan melonggarkan dasar satu anak yang kini membolehkan pasangan China mempunyai dua anak.

Mulai awal 1980-an, kerajaan China membenarkan hanya satu anak namun berikutan jangkaan kekurangan tenaga kerja, pada 2013, kerajaan membenarkan setiap pasangan mempunyai dua anak.

Menurut Yang, jumlah kelahiran antara 2003 hingga 2013 ialah sekitar 16 juta bayi namun jumlah itu mula meningkat selepas kelonggaran dasar satu anak itu.

Sebanyak 45 peratus kelahiran tahun lalu ialah anak kedua.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 January 2017 @ 5:06 PM