Maklumat palsu yang tular.
Maklumat palsu yang tular.
Hayati Ibrahim

Putrajaya: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan kenderaan yang terbabit dengan Uber dan GrabCar dilarang memperbaharui cukai jalan seperti yang ditularkan media sosial, baru-baru ini.

JPJ dalam kenyataan berkata, mesej disebarkan melalui aplikasi WhatsApp yang kononnya dikeluarkan oleh Pengarah JPJ adalah tidak benar.

"Kenderaan yang terbabit dengan Uber dan GrabCar boleh memperbaharui cukai jalan mengikut prosedur sedia ada, mempunyai insurans yang sah dan tidak disenarai hitam.

"JPJ ingin menasihati orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh dan mempercayai sebarang mesej melalui media sosial dan aplikasi WhatsApp yang tidak mempunyai sumber sah,"katanya.

Menurutnya, orang awam yang mempunyai sebarang kemusykilan dinasihatkan untuk merujuk terus kepada JPJ dan tidak turut serta menyebarkan maklumat palsu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 January 2017 @ 4:19 PM