Mayat Mohd Aiman ditemui 11.50 pagi tadi. FOTO Nor Amalina Alias dan ihsan pembaca.
Mayat Mohd Aiman ditemui 11.50 pagi tadi. FOTO Nor Amalina Alias dan ihsan pembaca.
Nor Amalina Alias
am@hmetro

Bachok: Mayat kedua pelajar tahfiz, Mohd Aiman Che Hasyim, 15 yang hilang ketika mandi di Pantai Kampung Nipah, Bachok ditemui terdampar di pesisir Pantai Cahaya Bulan (PCB) Kota Bharu pagi tadi

Mayat ditemui orang awam kira-kira jam 11.50 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Bachok Deputi Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah ketika dihubungi mengesahkan penemuan berkenaan.

"Mayat dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu.

"Dengan penemuan mayat pelajar itu, kita menutup pusat operasi mencari dan menyelamat di Kampung Nipah, Bachok," katanya ketika dihubungi.

Sabtu lalu, tujuh pelajar tahfiz Maahad Sains Al Muhammadi,Nipah lemas ketika mandi mandi selepas dihanyutkan ombak besar dalam kejadian jam 3.30 petang.

Lima pelajar, Ahmad Daniel Mohd Azizi; Mohd Nafiz Irfan Mohd Nazri; Omar Saizan; Talha Mohd Hatta dan Daniel Hakim Mohd Syukri berjaya diselamatkan penduduk Kampung manakala dua pelajar hilang

Salah seorang yang lemas adalah Ilham Mohd Hafiz,15 yang ditemui pada 10.15 pagi semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 January 2017 @ 3:34 PM