PIHAK berkuasa menemui 35 mayat dalam kubur di Jalisco, Mexico. FOTO Agensi.
PIHAK berkuasa menemui 35 mayat dalam kubur di Jalisco, Mexico. FOTO Agensi.
AFP

GUADALAJARA: Pihak berkuasa tempatan menemui 35 mayat dalam kubur besar di Jalisco, di pantai tengah Pasifik di Mexico, kata pegawai semalam.

Pendakwa raya Gerardo Octavio Solis, berkata kebanyakan mayat terletak di ladang di bandar Zapopan.

“Antara yang meninggal dunia 27 mayat diikat semasa dibunuh. Kami mengenal pasti dua daripada mereka buat masa ini.

“Bilangan mayat mungkin lebih banyak selepas pasukan forensik menamatkan tugas memproses lokasi.

“Kami sehingga tiga meter dalam menggunakan mesin berat, dengan jurutera melakukan pengiraan struktur kerana tidak mahu melemahkan beberapa tembok perimeter,” kata Solis pada sidang akhbar.

Solis berkata, tujuh tengkorak daripada mayat lain ditemui di premis rumah terletak di Guadalajara, bandar raya kedua paling sesak di Mexico.

Keluarga yang kehilangan saudara bergegas mengunjungi pihak berkuasa di Jalisco bagi mendapatkan maklumat.

Lebih 40,000 orang hilang dan dianggap mati sejak kempen memerangi dadah Mexico diserahkan kepada tentera pada lewat 2006. Lebih 250,000 maut dalam jenayah ganas di Mexico sejak itu, menurut data kerajaan.

Tahun lalu, Jalisco mencatatkan 2,418 kes bunuh manakala 720 kes bunuh dicatatkan dari Januari hingga Mac tahun ini, menurut data rasmi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Mei 2019 @ 10:50 AM