Siti jangka lagu nyanyian Misha dan Hafiz juara. FOTO HM
Siti jangka lagu nyanyian Misha dan Hafiz juara. FOTO HM
Sudirman Mohd Tahir


Kuala Lipis: Penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza menjangkakan lagu Terimaku Seadanya nyanyian Misha Omar dan Hafiz Suip dinobat Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-31 yang berlangsung malam ini.

Siti yang pernah memenangi AJL sebanyak tiga kali berkata, lagu ciptaan Ajai itu mempunyai kekuatan dari segi melodi.

"Apabila layak ke AJL, semua lagu adalah yang terbaik. Jadi memang susah nak menjangkakan siapa yang menang.

"Secara peribadi saya berasakan lagu nyanyian Misha dan Hafiz ada harapan untuk menjuarai edisi kali ini. Lagu mereka sangat 'sesuatu' selain kombinasi penyanyi yang bagus.

"Bagi saya mereka sudah menyampaikan lagu itu dengan baik sekali," katanya kepada Harian Metro.

Selain itu, Siti turut melihat lagu Sudah Ku Tahu nyanyian kumpulan Projector Band mempunyai peluang besar dan bakal mencipta kejutan.

Pada masa sama, Siti menjangkakan penyanyi Dayang Nurfaizah sekali lagi bakal memenangi kategori vokal terbaik.

"Tak dinafikan AJL kali ini memang sengit. Malah kategori vokal antara yang menjadi tumpuan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 January 2017 @ 3:52 PM