Gambar 39 individu yang berbogel di sebuah resort. FOTO ihsan polis
Gambar 39 individu yang berbogel di sebuah resort. FOTO ihsan polis
Shahrul Nizam Mohamad


Bentong: Polis menahan 39 individu termasuk dua wanita selepas didapati berkelakuan tidak senonoh dengan berbogel ketika melakukan aktiviti di sebuah resort, di sini, semalam.

Dalam serbuan jam 6.12 petang itu, semua suspek berusia 19 hingga 23 tahun ditahan polis dari Balai Polis Bentong dan ditemui dalam keadaan tidak berpakaian.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, siasatan awal mendapati, semua suspek adalah peserta kem motivasi yang dikendalikan sebuah syarikat.

"Siasatan turut mendapati, semua peserta terbabit dihantar ibu bapa untuk mengikuti kursus motivasi dianjurkan syarikat itu," katanya dihubungi, di sini, hari ini.

Katanya, polis masih meneruskan siasatan mengikut Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 January 2017 @ 2:38 PM