Ajitpal (kiri) bersama Muhammad, Mazizul dan Abdullah menunjukkan plak penghargaan daripada PKNS sebentar tadi. FOTO Mohd Asri Saifuddin Mamat
Ajitpal (kiri) bersama Muhammad, Mazizul dan Abdullah menunjukkan plak penghargaan daripada PKNS sebentar tadi. FOTO Mohd Asri Saifuddin Mamat
Faliq Lajim


Shah Alam: Wartawan dan jurufoto Harian Metro mengungguli dua anugerah utama Malam Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bersama media, di sini, sebentar tadi.

Wartawan online, Mazizul Dani memenangi tempat pertama Anugerah Laporan Sukan Terbaik dengan tajuk berita, ‘Layan Pemain Macam Famili’.

Tempat kedua dimenangi Ajitpal Singh dari New Straits Times dengan laporan ‘PKNS Cool Despite Tough Odds’.

Sementara itu dua jurufoto Harian Metro mengungguli Anugerah Gambar Terbaik.

Tempat pertama dimenangi jurufoto sambilan Selangor, Muhammad Sulaiman dalam ‘My Metro: Inisiatif Alat Sokongan’ manakala Abdullah Mohd Yusof pula mendapat tempat ketiga dalam laporan berita, ‘Bantu Rawat Pesakit Jantung’.

Semua pemenang menerima plak dan sijil penghargaan.

Hadiah disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Noraida Mohd Yusof.

Hampir 100 pengamal media daripada 27 agensi diraikan pada majlis itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 January 2017 @ 10:58 PM