JALAN keluar masuk ke Kelantan dari Pahang, Terengganu dan Perak masih boleh dilalui semua kenderaan walaupun jumlah mangsa meningkat pada pagi Jumaat, 1 Disember. FAIL Harian Metro
JALAN keluar masuk ke Kelantan dari Pahang, Terengganu dan Perak masih boleh dilalui semua kenderaan walaupun jumlah mangsa meningkat pada pagi Jumaat, 1 Disember. FAIL Harian Metro
Muhamaad Razis Ismail


SEKURANG-KURANGNYA 22 jalan di Kelantan ditutup kepada kenderaan berikutan dinaiki air sejak beberapa hari lalu.

Bagaimanapun, jalan keluar masuk ke Kelantan dari Pahang, Terengganu dan Perak masih boleh dilalui oleh semua kenderaan.

Berdasarkan portal eBanjir Kelantan, Pasir Mas merekodkan jumlah tertinggi iaitu 14 jalan ditutup kepada kenderaan.

Antara jalan yang ditutup kepada kenderaan di Pasir Mas adalah Jalan Panglima Bayu-Rantau Panjang-Jeram Perdah, Jalan Banggol Setol-Banggol Kong dan Jalan Tendong-Bunut Susu-Gelang Mas.

Di Gua Musang, Jambatan Setelu, Jambatan Kampung Kerinting dan Jambatan Kampung Pulai ditutup kepada semua kenderaan berikutan ditenggelami air.

Di Tumpat, empat jalan masih ditutup manakala di Kota Bharu hanya satu jalan ditutup iaitu Jalan Kok Lanas-Selising.

Senarai jalan yang ditutup

Gua Musang

Jambatan Setelu

Jambatan Kampung Kerinting

Jambatan Kampung Pulai

Kota Bharu

KM0.5 Jalan Kok Lanas - Selising

Pasir Mas

KM0.4 Jalan Pengkalan Rakit-Batu Karang

KM9 Jalan Bukit Tuku-Batu Hampar

Pasir Mas - Pohon Tanjung

Jalan Pengkalan Kubor-Jeram Perdah (kesban)

By Pass Banggol Kulim-Rantau Panjang

Jalan Banggol Kulim-Rantau Panjang

Jalan Bunga Raya

Jalan Panglima Bayu-Rantau Panjang-Jeram Perdah

Jalan dalam bandar Rantau Panjang

Jalan Meranti-Pohon Tanjung

Jalan Banggol Setol-Banggol Kong

Jalan Lubok Kiat-Kubang Kuau

Jalan Tendong-Bunut Susu-Gelang Mas

Jalan Sekolah Cina

Tumpat

KM6.5 Jalan Cabang 4/Kg. Jambu/Meranti

KM7-9 Jalan Cabang 4/Kg. Jambu/Meranti

Jalan Kota Bharu-Pengkalan Kubor (susur ke terowong Pasir Pekan)

Jalan Keselamatan (KESBAN) Pengkalan Kubor-Kg Jambu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Disember 2017 @ 10:23 AM