MCILROY (kiri) berbual bersama pemain Afrika Selatan George Coetzee.
MCILROY (kiri) berbual bersama pemain Afrika Selatan George Coetzee.
AFP

Johannesburg: Pemain nombor dua dunia Rory McIlroy terus memburu gelaran Terbuka Afrika Selatan kelmarin dengan 67 pukulan pada pusingan ketiga termasuk eagle yang meletakkanya di tangga kedua, tiga pukulan di belakang Graeme Storm.

Pemain England, Storm mencatat lima bawah par 67 di Glendower Golf Club, Johannesburg untuk 199 pukulan keseluruhan manakala McIlroy dari Ireland Utara mengumpul 202 pukulan dalam acara Jelajah Eropah itu.

“Saya harap dapat lebih hampir dengan pendahulu,” kata McIlroy selepas pusingan yang berlangsung dalam cuaca panas dan sedikit berawan.

“Graeme kini tiga pukulan mendahului saya jadi lebih baik bermula dengan pantas esok untuk merapatkan jurang.

“Jika saya boleh merapatkan jurang antara kami kepada satu atau dua pukulan dengan lebih pantas, ia akan menjanjikan pusingan terakhir yang menarik.”

Storm tidak menunjukkan rasa bimbang untuk bersaing dengan McIlroy buat kali pertama.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 January 2017 @ 9:35 AM