AFTER The Storm.
AFTER The Storm.
Michelle Gun


Edisi ke-13 Festival Filem Jepun (JFF) 2016 kembali menghangatkan pawagam Golden Screen Cinemas (GSC) dengan 13 karya hebat dari negara matahari terbit itu untuk tatapan peminat di Malaysia.

Memulakan tayangan pada 8 September ini, antara filem yang menjadi pertaruhan JFF tahun ini adalah After the Storm, An, Bakuman, The Boy and the Beast, Creepy, Desperate Sunflowers dan The Magnificent Nine.

Istimewanya, pelakon popular negara itu, Kiki Kilin akan menghadiri majlis pelancaran JFF2016 di GSC Pavilion pada 6 September ini bagi mempromosikan filem After the Storm.

Filem JFF2016 hanya ditayangkan di empat pawagam GSC terpilih iaitu di Mid Valley, Pavilion Kuala Lumpur, 1 Utama dan Nu Sentral mulai 8 hingga 14 September.

Karya JFF turut ditayangkan di GSC Gurney Plaza, Pulau Pinang pada 15 hingga 18 September; GSC CityONE Megamall, Kuching (22 hingga 25 September); GSC Suria Sabah (29 September hingga 2 Oktober).

Sementara itu, GSC memberi 100 tiket percuma untuk pembaca menyaksikan filem JFF2016 di pawagam Mid Valley, Kuala Lumpur.

Pembaca hanya perlu membawa artikel ini untuk menukarkannya dengan dua pas percuma di GSC Mid Valley bermula jam 11 pagi, esok.

Setiap orang hanya dibenarkan membawa maksimum dua keratan artikel ini saja berdasarkan siapa cepat dia dapat.

Maklumat lanjut mengenai JFF 2016 boleh layari laman web www.jfkl.org.my dan www.gsc.com.my.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 September 2016 @ 10:50 AM