TENGKU Adnan menyaksikan Wakil Malaysia Book Of Record, Nurasyikin Ramli menyerahkan sijil kepada Presiden Kelab Ping Pong Presint 8 Putrajaya, Dr Nor Hisham Muda. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor
TENGKU Adnan menyaksikan Wakil Malaysia Book Of Record, Nurasyikin Ramli menyerahkan sijil kepada Presiden Kelab Ping Pong Presint 8 Putrajaya, Dr Nor Hisham Muda. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor
Mohd Husni Mohd Noor


Putrajaya: Edisi kedua penganjuran Kejohanan Ping Pong Terbuka Putrajaya 2017 mendapat pengiktirafan The Malaysia Book of Records (MBOR) apabila mengumpulkan penyertaan teramai dalam kejohanan ping pong dengan 1,035 peserta.

Sijil pengiktirafan berkenaan diserahkan oleh wakil MBOR, Nurasyikin Ramli kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Kejohanan kali kedua itu dianjurkan oleh Kelab Ping Pong Presint 8 Putrajaya (KPPj8) dengan kerjasama Biro Sukan UMNO Bahagian Putrajaya dan Perbadanan Putrajaya (PPj) yang berlangsung di Dewan Kejiranan Presint 9 dan Presint 11, di sini.

Dalam pada itu, Tengku Adnan berkata, beliau mengucapkan syabas kepada KPPj8 kerana berjaya memecahkan rekod MBOR selain mengumpulkan lebih ramai penyertaan berbanding edisi pertama sebelum ini.

"Program sukan ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara penduduk setempat selain mempromosikan gaya hidup sihat," katanya selepas menyempurnakan kejohanan itu di sini hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 January 2017 @ 1:04 PM