FOTO Mohd Fadli Hamzah
FOTO Mohd Fadli Hamzah
Siti A'isyah Sukaimi


Putrajaya: Konvoi Berbasikal Wanita sempena Hari Wanita Sedunia 2017 di Dataran Putrajaya, Presint 3, di sini, catat rekod Malaysia.

Malah, kekuatan 11,412 penyertaan itu mendapat pengiktirafan konvoi berbasikal wanita terbesar daripada Malaysia Book of Records (MBOR).

Sijil pengiktirafan itu disampaikan Timbalan Pengurus Besar MBOR, Mohamad Alex Edward kepada isteri Menteri Wilayah Persekutuan, Datin Seri Anggraini Sentiyaki, merangkap Pengerusi Badan Amal Kasih Ibu Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Majlis disaksikan Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

FOTO Mohd Fadli Hamzah
FOTO Mohd Fadli Hamzah

Konvoi berbasikal itu membabitkan dua kategori iaitu 10 dan 25 kilometer bermula dari Dataran Putrajaya, Presint 3, serta berkayuh di sekitar Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Program itu menggunakan #inilahkuasawanita.

Beberapa selebriti wanita seperti Janna Nick, Vanidah Imran, Linda Onn, Serina Redzuawan, Maznah Zolkifli, Sharifah Haslinda, Betty Banafe dan Zahida Rafik, turut sama memeriahkan acara.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Mac 2017 @ 10:24 AM