Wan Nur Ameera Meor Rozman

Sejak kebelakangan ini, ramai di antara kita yang terkesan disebabkan oleh ketidakstabilan ekonomi semasa, apatah harga barang keperluan asas semakin mahal selain harga minyak yang tidak menentu.

Oleh itu, anda perlu bijak menguruskan kewangan harian dan bulanan. Antara inisiatif yang disarankan adalah penggunaan aplikasi Money Lover.

Dengan aplikasi ini, anda boleh lupakan buku nota dan pen kerana kini anda boleh menguruskan kewangan peribadi dan keluarga dengan hanya menggunakan telefon pintar atau tablet.

Money Lover akan membantu anda memberitahu mengenai hala tuju wang, jadi anda boleh merancang berbelanja secara bijak.

Melalui aplikasi ini, pengguna boleh melihat senarai perbelanjaan harian mengikut pilihan kategori yang disediakan.

Selain itu, dengan menjadualkan bayaran bil seperti sewa rumah, langganan Internet, kereta dan sebagainya, Money Lover akan membantu mengingatkan anda untuk melaksanakan pembayaran sebelum tarikh akhir.

Bahkan, anda juga boleh membuat perancangan bajet dengan mudah untuk meĀ­nguruskan belanjawan bagi semua perbelanjaan atau kategori tertentu selama seminggu, bulanan mahupun tahunan. Sekiranya perbelanjaan melebihi bajet, anda akan mendapat notifikasi.

Untuk melihat aliran keluar masuk wang, anda boleh menyemak laporan yang disediakan melalui carta pai atau bar yang memberikan anda rekod tepat mengenai perbelanjaan keseluruhan, pendapatan atau baki masih ada.

Antara ciri lain yang terdapat pada Money Lover merangkumi pengurus hutang dan pinjaman, platform perancangan perjalanan, percutian atau majlis, pertukaran mata wang dan banyak lagi.

Aplikasi ini boleh dimuat turun oleh pengguna Android di Play Store dan iOS di App Store.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 January 2017 @ 1:04 PM