FOTO ihsan ESL
FOTO ihsan ESL
Hazril Md Nor


Genting Highlands: Pasukan pilihan Dota 2, Digital Chaos (DC) menang mudah ke atas Virtus Pro 2-0 dalam perlawanan pembukaan Kejohanan ESL One Genting 2017 di Arena of Stars, Resorts World Genting, di sini, hari ini.

Pasukan dari Amerika Utara itu diwakili oleh Roman Fominok (Resolut1on), Aliwi Omar (W33), David Tan (MoonMeander), Rasmus Filipsen (Misery) dan Martin Sazdov (Saksa).

Mereka menonjol dengan 'draft' yang lebih agresif dan sistematik. Pemain tengah, W33 yakin dengan pilihannya memainkan karakter Queen of Pain pada perlawanan pertama dan Invoker pada perlawanan kedua.

DC bakal berdepan dengan Newbee atau Wings yang bakal berentap dalam pusingan penentuan sebentar lagi. Peminat boleh menyaksikan perlawanan akhir bermula jam 6 petang ini di saluran NTV7 dan Tonton.

ESL One Genting adalah acara ESL pertama di Malaysia dengan kerjasama Resorts World Genting. Ia berlangsung sehingga 8 Januari disertai lapan pasukan Dota 2 dari seluruh dunia dengan hadiah wang tunai terkumpul AS$250,000 (RM1,121,875).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 January 2017 @ 3:14 PM