Hayati Ibrahim

Putrajaya: Seorang rakyat Malaysia terkandas di Ecuador sejak hampir sebulan setengah lalu berikutan keengganannya membawa ‘barangan’™ untuk diseludup ke Malaysia.

Kedutaan Besar Malaysia di Santiago, Chile dalam satu kenyataan berkata, Muhammad Fariz R Azli, 24

tahun berasal dari Pahang berada di Guayaguil, Ecuador atas urusan kerja.

Namun, katanya, ketika perjalanan pulang ke Malaysia, dia diminta untuk membawa ‘barangan’ disyaki untuk diseludup masuk ke Malaysia.

Bagaimanapun, katanya, dia enggan berbuat demikian menyebabkannya ditinggalkan di Guayaquil.

"Selepas hampir sebulan setengah berada di sana dia menghubungi kedutaan melalui FB Kedutaan Besar pada 26 Disember lalu bagi memaklumkan keadaannya.

"Pihak Kedutaan Besar mengambil tindakan segera dengan menghubungi Konsul Kehormat Malaysia di

Eduacor bagi menyalurkan bantuan konsular segera dengan memberi duit poket dan tiket penerbangan

dari Guayaquil ke Quito.

"Ini kerana dia memaklumkan mempunyai tiket untuk pulang ke Malaysia bertarikh pada 28 Disember

2016 dari Quito, namun tiket itu didapati palsu dan menyebabkannya terkandas di Quito,"katanya.

Menurutnya, Kedutaan Besar sudah menghubungi ayah Muhammad Fariz bagi memaklumkan kejadian itu,

dan sedang berusaha membeli tiket penerbangan pulang ke Malaysia.

"Ketika ini, dia tinggal bersama keluarga yang dikenali oleh kedutaan sehingga dia memperolehi tiket

pulang ke Malaysia,"katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 January 2017 @ 8:51 PM