AMANDA (kanan) menumbuk Ronda hingga tumbang.
AMANDA (kanan) menumbuk Ronda hingga tumbang.
AP

Las Vegas: Ronda Rousey kini perlu meluangkan masa memikirkan masa depannya selepas kekalahan dalam tempoh 48 saat dalam perlawanan kemunculan semula di UFC 207.

Amanda Nunes berpendapat Ronda patut bersara.

Jon Jones percaya Ronda patut berjuang kembali.

Nama besar UFC memberikan pandangan terhadap masa depan Ronda semalam, sehari selepas Amanda menumbuk Ronda hingga tumbang dalam tempoh kurang daripada seminit.

Ronda yang mempunyai rekod kemenangan 12-2 , pernah menjadi pejuang dominan dalam sukan itu tetapi kini tewas dua pertarungan berturut-turut dalam tempoh 13 bulan, kelihatan kurang bersedia dan tidak setanding di hadapan Holly Holm dan Amanda.

Selepas Amanda dengan mudah mempertahankan gelaran bantamweight yang pernah dipegang Ronda, juara kejohanan itu meminta Ronda supaya melupakan sukan itu.

“Cukuplah untuknya,” kata Amanda.

“Sudah pasti dia akan bersara. Dia tidak boleh menghadapinya lagi. Jika dia mahu bertarung semula, saya akan lakukan perkara sama kerana dia tidak boleh menghadapi tumbukan saya.” -AP

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 January 2017 @ 10:34 AM