GAMBAR dirakam pada 20 April 2015 menunjukkan Duterte (kanan) yang ketika itu menjadi Datuk Bandar Davao menaiki helikopter di bandar Tagum, ibu negeri wilayah Davao del Norte, selatan Filipina.  - Reuters
GAMBAR dirakam pada 20 April 2015 menunjukkan Duterte (kanan) yang ketika itu menjadi Datuk Bandar Davao menaiki helikopter di bandar Tagum, ibu negeri wilayah Davao del Norte, selatan Filipina. - Reuters
Agensi

Manila: Presiden Rodrigo Duterte menafikan laporan kononnya dia menolak seseorang dari helikopter.

Kenyataan itu yang dibuatnya dalam wawancara dengan CNN Filipina bertentangan dengan apa yang dicakapkannya secara langsung di televisyen awal minggu lalu.

“Kami tidak ada helikopter. Kami tidak menggunakankan helikopter. Itu hanya khayalan Tulfo,” katanya dalam wawancara yang diadakan kelmarin.

Duterte tidak menjelaskan siapa Tulfo.

Bagaimanapun, dia dipercayai merujuk kepada beberapa wartawan.

Ditanya mengenai gesaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya pengakuannya bahawa dia membunuh beberapa orang ketika menjadi Datuk Bandar Davao, presiden itu berkata: “Saya mempermainkan kamu (wartawan).

“Kamu membuang masa menulis mengenainya, mengkritik saya.

“Itu cerita kamu sendiri dan kamu sendiri yang mempercayainya.”

Berucap di televisyen Selasa lalu, Duterte berkata, dia pernah menolak seorang lelaki dari helikopter dan mengancam melakukan tindakan serupa terhadap mereka yang melakukan rasuah.

“Sesiapa yang melakukan rasuah, saya akan membawanya menaiki helikopter dan menolaknya ketika kita di udara. Saya pernah lakukannya dan saya boleh lakukannya sekali lagi,” kata Duterte.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 January 2017 @ 5:12 AM