Kerja mengalihkan pokok yang tumbang dilakukan bomba dan TNB. - Foto IHSAN BOMBA
Kerja mengalihkan pokok yang tumbang dilakukan bomba dan TNB. - Foto IHSAN BOMBA
Mohd Hafizee Mohd Arop

Cameron Highlands: Pengguna Jalan Tapah - Tanah Rata berhampiran Bharat Tea, Tanah Rata, Cameron Highlands, terkandas apabila berlaku tanah runtuh dan pokok tumbang di laluan itu, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands, Muhamad Haziq Hazmi berkata, pihaknya menerima panggilan pada 3.59 petang dan dan anggota yang dikejar ke tempat kejadian memotong pokok yang tumbang;

Bomba kemudian meminta bantuan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk menguruskan kabel elektrik yang ditimpa pokok.

"Kejadian berlaku ketika hujan lebat melanda Cameron Highlands selama beberapa jam menyebabkan pengguna laluan itu terkandas.

“OPerasi ditamatkan pada 5.10 petang sebelum laluan itu dibuka sepenuhnya kepada kenderaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Disember 2016 @ 7:50 PM