AHMAD Zahid (kiri) disambut oleh perwakilan. FOTO Supian Ahmad
AHMAD Zahid (kiri) disambut oleh perwakilan. FOTO Supian Ahmad
Mohd Hafizee Mohd Arop


Bagan Datoh: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengibaratkan parti serpihan UMNO yang bakal ditubuhkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad umpama menempah kubur sebelum maut kerana ia ditubuhkan atas dasar kekecewaan.

Ahmad Zahid yang juga Ketua UMNO Bahagian Bagan Datoh berkata, tidak mungkin ada parti serpihan UMNO boleh bertahan lama dan menggantikannya kerana ia ditubuhkan atas penyatuan orang Melayu bukannya atas dasar kekecewaan.

Katanya, sejarah politik sebelum ini sudah membuktikan bagaimana parti serpihan UMNO yang ditubuhkan berkubur sekaligus menunjukkan sokongan orang Melayu kepada parti keramat itu masih kuat.

"UMNO bukan dibina sebagai parti tepi jalan ataupun tong sampah tetapi ia diwujudkan sebagai sebuah parti penyatuan orang melayu.

"Sejarah sudah buktikan pengasas UMNO sendiri ditolak oleh orang Melayu ketika menubuhkan parti lain dan ini menunjukkan sokongan terhadap parti keramat itu sentiasa kuat," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Mesyuarat UMNO Bahagian Bagan Datoh di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Ogos 2016 @ 11:45 AM