Nurul Hidayah Bahaudin


Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran dan kenaikan pangkat tujuh pegawai kanan polis berkuat kuasa 23 Januari 2017.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM Urusetia Ketua Polis Negara Asisten Komisioner Datin Asmawati Ahmad berkata, antara pertukaran itu membabitkan Ketua Pengarah Bahagian Perlindungan, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mazlan Lazim yang ditukarkan ke jawatan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur.

"Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Pasukan Gerakan Am) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Azman Yusof bakal menjadi Ketua Pengarah Bahagian Perlindungan Jabatan Perdana Menteri.

"Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Abdul Hamid Mohd Ali pula ditukarkan ke Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman sebagai Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Pasukan Gerakan Am)," katanya.

Asmawati berkata, Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh, Pahang Superitendan Zundin Mahmood dinaikkan pangkat menjadi Ketua Polis Daerah Temerloh, Pahang dengan memangku jawatan Asisten Komisioner.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Disember 2016 @ 4:18 PM