DAYANA nafi bercinta dengan Raja Afiq.
DAYANA nafi bercinta dengan Raja Afiq.
Nor Akmar Samudin


Kuala Lumpur: Pelakon Dayana Roza menafikan dia bercinta dengan pelakon Raja Afiq, 22, apabila mereka dikatakan sering dilihat keluar bersama.

Terbaru, mereka dikatakan tampil berdua ketika hadir di majlis Anugerah Melodi 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Sabtu lalu.

Dayana, 25, yang juga pelakon drama Asam Pedas Untuk Dia berkata, mereka hanya berkawan baik dan bukannya sedang bercinta seperti sangkaan ramai.

"Kami hanya kawan baik dan tidak lebih daripada itu. Sebelum ini saya rapat dengan Saharul Ridzwan tetapi selepas dia berkahwin kami jarang keluar.

"Saya dan Raja Afiq jadi rapat apabila kami berlakon dalam filem Trauma yang penggambarannya dibuat Oktober lalu. Saharul pun berlakon sama dan sejak itu kami bertiga rapat.

"Sebenarnya ketika saya dan Raja Afiq pergi ke Anugerah Melodi, Saharul turut ada bersama tetapi kerana dia ada tugasan lain, dia pergi dulu dan kami berjumpa di sana," katanya.

Menurut Dayana, sebagai wanita, dia agak kasar seperti lelaki dan menganggap Saharul dan Raja Afiq sebagai ‘abang-abang’nya.

“Mereka selesa berkawan dengan saya. Saya tak ada apa-apa perasaan pun dengan Raja Afiq," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Disember 2016 @ 6:06 PM