FOTO dirakam pada 26 November memaparkan Jalan Sultan Omar ditutup kepada kenderaan berikutan banjir. FAIL Imran Makhzan
FOTO dirakam pada 26 November memaparkan Jalan Sultan Omar ditutup kepada kenderaan berikutan banjir. FAIL Imran Makhzan
Rosli Ilham


Chukai: Kerajaan negeri memperuntukkan RM4 juta bagi melaksanakan kerja membaiki jalan rosak akibat banjir di seluruh Terengganu.

Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau negeri, Ir Rosli Othman, berkata pihaknya sudah mengarahkan syarikat konsesi menjalankan kerja baik pulih untuk keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya.

Katanya, kerosakan jalan yang dikesan membabitkan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2), jalan persekutuan dan jalan negeri, sepanjang laluan pesisir pantai dari Kemaman hingga ke Besut.

"Kerja pembaikan jalan persekutuan dilaksanakan Konsesi Roadcare Sdn Bhd manakala penyelenggaraan jalan negeri pula dilaksanakan Nolan United Sdn Bhd.

"Bagi penyelenggaraan LPT2 pula, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) diberi tanggungjawab untuk melaksanakannya sebagai syarikat konsesi lebuh raya itu.

"Ketika ini, kerja penyelenggaraan sedang dan akan dijalankan secara berterusan dan saya percaya syarikat konsesi yang dipertanggungjawabkan akan melaksanakan kerja baik pulih dengan baik dan cepat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Disember 2016 @ 2:52 PM