JANNA Nick. FOTO Munira Abdul Ghani
JANNA Nick. FOTO Munira Abdul Ghani
Syafil Syazwan Jefri


Walaupun masih baru dalam industri hiburan, nama pelakon dan penyanyi Janna Nick tidak terlepas daripada pelbagai kontroversi.

Bermula dengan kisah kelantangannya dalam meluahkan pendapat sehingga pertelingkahan dengan artis lain, dia turut dikecam masyarakat dan netizen di Instagram selepas menulis komen yang menyentuh sensitiviti.

Namun, Janna, 21, menganggap apa yang berlaku sebagai pengajaran, sekali gus mendidik dirinya menjadi insan lebih baik.

“Dalam tahun ini saja, banyak benda berlaku dan saya juga menganggap setiap perkara itu sebagai pengajaran buat diri saya.

“Sebagai manusia, saya sentiasa berharap tak ada perkara negatif yang berlaku kepada saya,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Disember 2016 @ 7:45 AM