TOZZO (tiga dari kiri) pada sidang media di Stadium Arena Conda.
TOZZO (tiga dari kiri) pada sidang media di Stadium Arena Conda.

Asuncion: Persekutuan bola sepak Amerika Selatan CONMEBOL bersetuju semalam untuk menganugerahkan Copa Sudamericana kepada kelab Brazil, Chapecoense, yang mana pemain pasukan itu terbunuh apabila kapal terbang terhempas ketika dalam penerbangan ke final.

Badan induk itu mengeluarkan kenyataan mengumumkan penghormatan terhadap kelab yang sebelum ini tidak dikenali, yang menempuh musim menakjubkan sebelum kemalangan seminggu lalu.

Naib presiden Chapecoense Ivan Tozzo menyanjung keputusan itu sebagai “keadilan.”

“Kami pasti ‘Chape’ akan muncul juara. Ia satu sanjungan bermakna,” katanya.

Kapal terbang sewa khas itu membawa pasukan ke perlawanan terbesar dalam sejarah mereka namun kehabisan minyak dan terhempas di pergunungan di barat daya Colombia.

Seramai 71 orang terbunuh, kebanyakannya ahli kelab itu termasuk pemain, pengurusan dan staf. Tiga pemain, dua kru dan seorang wartawan terselamat.

Pasukan itu dalam perjalanan untuk bermain aksi pertama final Copa Sudamericana menentang kelab Colombia, Atletico Nacional di bandaraya Medellin. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Disember 2016 @ 8:43 AM